Friday, December 24, 2010

T@k pErn@h b@g! SuMb@nG@n

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin. En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok... ? Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya? Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau plak.. En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan? Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah) En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan? Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf). En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

penutop botol


Didalam sebuah bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah ada seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki Jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalanraya sesak. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti serta rumahnya pun jauh lagi.

Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu.

Tanpa disedari lelaki didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga. Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ke tempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi lelaki ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...

Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya.

Bau punya bau baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.. "Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."....

kereta besar

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan

pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi
aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini
dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun
diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak
gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya
tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana
itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang...
..siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap
kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta
aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar
borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji
dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie...
surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam
awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat
Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku
bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak
bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje
sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan
nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut
lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok
lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete
aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan
mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku
.... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete
besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku
jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...


Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi
punyer... ... . cuma satu je yang aku! nak bagi nasihat kat korang-korang
semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek
aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari
nanti...

 korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang 




Saturday, December 18, 2010

M@L@NG sEOr@NG nENeK

"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."