Program Ceramah Perbandingan Agama Bersama Ustaz Ayub Abdul Rahman
Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.
Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.
Beberapa minggu sebelum majlis ceramah berlangsung pada pagi sabtu 2 april(hi3 cerita lame da ni...bru nak post at blog), saya dihubungi oleh lecturer saya Ustazah Engku Rohana membawa berita baik. Saya hampir terlupa bahawa seorang pendakwah yang saya hormati Tuan Haji Ayub Abdul Rahman Abdullah mempunyai jadual yang padat di Kota Kinabalu dan Keningau. Ada satu kekosongan masa yang perlu diisi untuk beliau berceramah pada sebelah pagisabtu tersebut.
Alhamdulillah, rezeki student Kolej Profesional Mara Indera Mahkota untuk mendengar dan melihat lebih dekat lagi dengan Tuan Haji Ayub, bekas paderi Kristian Roman Katholik dan pengampun dosa antarabangsa ketika beliau berada di Jerman Barat pada tahun 70an. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang kemudiannya memeluk Islam di Sarawak.
Kini dunia dakwah menjadi keutamaan hidupnya dengan memberikan ceramah ke seluruh pelusuk negara dan sesekali ke luar negara. Beliau menetap di Kuching Sarawak dan dengan hidayah Allah SWT jua beliau berhasil mengislamkan lebih 30 buah kampung di Sarawak. Beliau juga kerap mengisi program-program dakwah sama ada di jabatan-jabatan, masjid surau dan sekolah-sekolah, kebanyakannya atas tajuk dakwah, perbandingan agama islam-kristian dan seumpamanya.
Saya menemani beliau dan di sini beliau banyak bercerita tentang pengalaman hidup serta menggesa audience menyayangi agama Islam, mengambil berat tentang kehidupan beragama terutama dalam keluarga masing-masing serta masyarakat yang ada di sekeliling. Musuh memang bekerja untuk memurtadkan penganut Islam, tetapi umat Islam tidak boleh membiarkan saudaranya terpesong dan terpengaruh dengan perkara yang berlawanan dengan Islam.
special thanks to all of the AJK's for making the program to run smooth as it should be.. :) n x lupa juga pada yang terlibat secara x lansung..
0 comments:
Post a Comment