Friday, November 19, 2010

Cinta jangan kau pergi


Selepas meletakkan buku dan beg sandangnya di atas meja belajar,Shafikah terus berbaring di atas katilnya.Penatnya tak terkata.Berebut tempat duduk dalam bas saja sudah membuatkan dia letih.Tapi dia memang suka dengan keadaan itu,boleh melihat ragam manusia dan pemandangan di kiri kanannya.Fuh kalau dapat tido sekejap ni pun jadi lah..tapi bila dia ingin melelapkan mata sahaja,dia terbayang assignment yang baru di beri oleh Dr.Nurul.Tarikh kena hantar lusa..fuh gila betul belajar dengan pensyarah ni;selalu bagi dateline 2 hari jer.Nasib baik dia memang suka melepak di library.,Kalau tak susah jugak nak cari bahan untuk assignment kali ini.
Seketika dia menoleh ke katil sebelahnya.Rapi berkemas.Akma,roomatenya masih belum pulang dari kuliah.Hm,terasa bosan pula bila Akma tiada.Selalunya mulutnya riuh bercerita membuatkan bilik mereka itu tidak dicengkam kesunyian.Dalam hati dia bersyukur dikurniakan roommate seperti Akma.Akma banyak menyimpan kisah suka duka hidupnya.

Sebenarnya,Shafikah adalah isteri orang.Tetapi disebabkan beberapa perkara,dia merasakan perkahwinannya terpaksa berakhir.Sejenak dia teringat suaminya,Azhari.Kemungkinan sedang berbahagia dengan isteri keduanya iaitu madunya.Dia lari meninggalkan rumah.Dia tahu berdosa meninggalkan rumah tanpa izin suami,tapi apakan daya..dirasakan tembok kesabarannya telah lama runtuh setelah mengetahui Azhari kahwin lain.Walaupun dia mengizinkan tapi hakikatnya dia rela dalam terpaksa.Dia sangka hatinya akan tabah menerima tetapi hakikatnya hatinya telah lama terluka.Dia rela dimadukan kerana dia cintakan Azhari.Bahagia Azhari,bahagialah dirinya.

Walaupun dia tahu Rina adalah bekas kekasih Azhari,tetapi dia dan Azhari akhirnya bersatu dalam perkahwinan.Sehinggalah pada suatu hari,Rina kembali dan Azhari meminta izinnya untuk menikahi Rina.Semoga Azhari berbahagia.Dia tidak mahu menjadi batu penghalang di antara Azhari dan Rina.Selama 5 bulan usia perkahwinan Azhari dengan Rina,beberapa hari sahaja Azhari tidur di rumahnya.Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu berkeputusan untuk berlalu dari hidup Azhari.Kebetulan dia memang sebatang kara.Ibu bapanya telah lama meninggal dunia akibat nahas kapal terbang sewaktu balik dari mengambil abangnya di London.Jika dia membawa diri pun tiada siapa pedulikannya.Mujur juga dia terfikir untuk melanjutkan pelajaran bagi mengelakkan dirinya daripada berfikir yang bukan-bukan tentang kecurangan Azhari terhadapnya.Nasibnya agak baik,permohonan untuk melanjutkan pelajaran selepas Azhari memadukannya berjaya.Lalu jadilah dia penghuni kampus di negeri Sabah ini.

Perlahan-lahan bahunya diraih dari belakang.Akma segera memeluk Shafikah.Air mata Shafikah segera di sapu.Shafikah pun tidak sedar sewaktu Akma masuk ke bilik tadi.Astagfirullah..jauhnya aku mengelamun,Shafikah segera meraup mukanya.

"Nilah yang aku tak suka kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang.Mesti mengenangkan jantan tuh.Dahlah Ika,buang masa kau jer mengenangkan lelaki tu.Takde punya dia menderita ingatkan kau.Dia kat sana sedap peluk bini baru.Yang kau pulak tertonggeng-tonggeng,kurus kering macam ikan kering rindukan dia;ujar Akma sambil mencebik..

"Dah dia yang aku cinta.Mestilah aku menderita bila jadi macam ni.Anyway terima kasih Akma.Aku rasa kalau tanpa dorongan dan semangat yang kau berikan pada aku,mesti aku tiada lagi di dunia ini,"kata Shafikah dengan suara serak.

Memang benar,kalau dia tak berjumpa dengan Akma,pastinya dia tidak lagi berada di kampus ini,menimba ilmu demi melupakan keperitan hidupnya.Dia pernah terfikir untuk mati lantaran hidupnya memang yatim piatu."Hm.Sudahle tu,kau nampak tak comel kalau nangis macam ni,"pujuk Akma lagi.

"Dah aku memang tak comel,aku cantik jer;"gurau Shafikah mahu mengenakan Akma.Akma terus mencubit paha Shafikah.Air mata yang mengalir di pipi halus Shafikah disekanya sekali lagi.

"Perasan.Cantik lagi aku.Hi hi,"kata Akma.

"Aku sayangkan kau ,Akma.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Budi baik kau rasanya tak termampu aku nak membalasnya,"kata Shafikah seraya memeluk Akma.

"Kau janganlah cakap macam tu.Itulah fungsi kawan.Tolong menolong.Takde susahnya tolong kau ni.Tak usahlah kau nak berkira dengan aku."Akma merungkaikan pelukan Shafikah tanda tidak senang hati dengan kata-kata Shafikah tadi.

"Hm.Aku minta maaf kalau buat kau terasa.Walau macam mana pun aku nak ingatkan kau yang aku memang tak mampu nak balas budi baik kau..Dahlah Akma,janganlah perkarra ni..kau bermasam muka dengan aku..Kau kan tahu aku sayangkan kau,"kata Shafikah memujuk.

"Ok!Ok!Aku mengalah tapi kau kena janji dengan aku jangan ungkit lagi hal ini ok..Sebagai balasan pasal aku tak merajuk lagi kau kena belanja aku,"tegas Akma dengan muka serius.

"Hm,yelah-yelah.Takut aku tengok muka kau yang serius tuh.Macam manalah si Aidil tu boleh terpikat kat kau..Kalau tengah serius,dari jauh sebatu pun boleh nampak muka masam kau tuh..Macam ni ,lawa lagi aku.Shafikah terus mengusik Akma.

"Apa plak kena mengena ngan Aidil plak..Dia tak terlibat dengan muka serius aku tuh yek.Banyak cekadak kau,konon-konon tuh supaya aku tak ingat ler janji kau kena belanja aku tuh,"kata Akma mencubit pipi Shafikah.

"Ko nih..takder tempat lain nak cubit.Habis jatuh saham aku..Lama-lama pipi aku nih jatuh ke bawah.Lantas mereka berdua terus tergelak.Rawan di hati Shafikah semakin menghilang.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azhari menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Fail di hadapannya hanya direnung kosong.Sekosong hatinya sekarang.Hatinya rindu pada Shafikah.Rindu dihatinya mahu diluah tetapi empunya diri tidak diketahui dimana.Azhari menyesal kerana melukakan hati Shafikah.Dia mengutuk dirinya kerana tidak berfikir panjang semasa membuat keputusan untuk mengahwini Rina.Memang sejak dulu hidupnya sentiasa dihantui dengan bayang-bayang Rina.Sudah acapkali dia berpisah dengan Rina.Sampai satu masa apabila dia mengenali Shafikah,dia merasakan hidup dan matinya hanyalah untuk wanita itu.Tetapi bila Rina muncul kembali dalam hidupnya,dia merasakan ada semangat baru yang tumbuh dalam dirinya.Dia jatuh cinta semula pada Rina.Lantas dia mengusulkan agar mereka berkahwin.Dia lupa pada Shafikah yang setia padanya.Dia lupa pada cinta,kasih sayang dan semua yang dimiliki oleh Shafikah.Alangkah kejamnya dia.Azhari meraup mukanya berkali-kali.

Kini dia menyesal.Menyesal kerana mengabaikan Shafikah.Rina seorang isteri yang baik tetapi perilakunya sangat kasar.Rina tidak mampu memberikan ketenangan padanya.Balik dari pejabat,Rina masih belum pulang lagi.Kadangkala,walaupun Rina ada di rumah,nak melayannya yang keletihan jauh sekali.Nak meminta segelas air pun pun boleh menyebabkan Rina tidak menegurnya berhari-hari.Sewaktu Shafikah masih ada dulu,Rina melarang dia ke rumah Shafikah.Kalau nak pergi pun kena sorok-sorok.Rina sering mengugut mahu meninggalkannya kalau dia pergi berjumpa Shafikah.Kini bukan Rina yang pergi meninggalkannya tetapi Shafikah.

Dia menangis ketika membaca surat yang ditinggalkan Shafikah di atas meja di tepi televisyen.Dia menyesal kerana terlalu mengikut kata-kata Rina.Sangkanya jika Rina meninggalkannya,hidupnya akan menderita.Tetapi kini dia mengetahui bahawa cahaya hidupnya adalah Shafikah.Kini bila Shafikah sudah tiada,dia tidak dapat lagi menatap senyuman milik wanita itu.Ika,di mana kau berada sayang?Abang rindu.Abang rindu segalanya yang menjadi milikmu.Ika,tahukah sudah puas abang mencarimu di merata tempat.

De Hearty-Permata Yang Dicari



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, November 18, 2010

Rompakan di indonesia

Berlaku adengan kejar-mengejar antara polis dan perompak yang akhirnya menyaksikan perompak tersebut tews apabila ditembak sampai kepalanya hancur.hancur?hancur kot.tgk la sndri. Siapa suruh merompak kan? Jangan biar hidup anda diselubungi dengan kemewahan dunia. hahahaha999













Kisah perempuan sombong....


Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi... sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan-jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu...dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun gerak.member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak....mesti member aku sound nyer....aku pun start tulis......."HALLOOO" itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie...sekali aku pun pandang ler... tengok bawah dulu...

Aduh..sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".....Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah... sekali dia kata "IM LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia ! gi shopping. Dah agak agak 40 minit jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh.... aku senyum dengan bangganya.

Dia orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk.... so Kita orang piler kat Lot 10 balik... Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali...................

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku smeua gelak, aku blur......

Adaker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalu apa yang aku lalu.. aku betul betul tak paham....... Adakah semua perempuan cantik macam nie????????? Mungkin kot....Aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik... Bodoh ker aku????

AKu rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.... aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh.Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat escalator..aku terdiam,member aku semua pun senyap.........aku tak
tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong

Dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...tengah aku dok tolong tuh..
tiba-tiba......

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak.....aku pun senyap"

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie........


Check punya cek, rupa rupa handbag dia hilang.... aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia??

AKu : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

LINA: " Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik.Passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dal! am tuh, Bang macam mana nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..."

ADUH!!!! AKu dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???"

LINA : "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak! buat apa.... Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata-kata dia........

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. AKu pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "A! PA MASALAH NIE??? OK..What your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil...... sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10 min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang.....semua okay...takda yang hilang..

Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dal! am toilet wanita, so Dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku pun keluar...Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik....

MEMBER : "Ha'ah apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...


AKU : "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

AKU : "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "APa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler... ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU : "baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak.. apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager : "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, a! ku suka... tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia.............

Dia tension...

"Setakat RM300, ko ingat aku apa....... budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh... sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap.......

Aku amik cek tuh aku pun koyak.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam....... ban! yak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

Aku pun nak jugak amik... so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia..... aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.........

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."



HAHAHA...MESTI SEMUA TENSENN...JGN MAREEE..blum.gif
melampau betul drama ni...