Friday, November 19, 2010

Cinta jangan kau pergi


Selepas meletakkan buku dan beg sandangnya di atas meja belajar,Shafikah terus berbaring di atas katilnya.Penatnya tak terkata.Berebut tempat duduk dalam bas saja sudah membuatkan dia letih.Tapi dia memang suka dengan keadaan itu,boleh melihat ragam manusia dan pemandangan di kiri kanannya.Fuh kalau dapat tido sekejap ni pun jadi lah..tapi bila dia ingin melelapkan mata sahaja,dia terbayang assignment yang baru di beri oleh Dr.Nurul.Tarikh kena hantar lusa..fuh gila betul belajar dengan pensyarah ni;selalu bagi dateline 2 hari jer.Nasib baik dia memang suka melepak di library.,Kalau tak susah jugak nak cari bahan untuk assignment kali ini.
Seketika dia menoleh ke katil sebelahnya.Rapi berkemas.Akma,roomatenya masih belum pulang dari kuliah.Hm,terasa bosan pula bila Akma tiada.Selalunya mulutnya riuh bercerita membuatkan bilik mereka itu tidak dicengkam kesunyian.Dalam hati dia bersyukur dikurniakan roommate seperti Akma.Akma banyak menyimpan kisah suka duka hidupnya.

Sebenarnya,Shafikah adalah isteri orang.Tetapi disebabkan beberapa perkara,dia merasakan perkahwinannya terpaksa berakhir.Sejenak dia teringat suaminya,Azhari.Kemungkinan sedang berbahagia dengan isteri keduanya iaitu madunya.Dia lari meninggalkan rumah.Dia tahu berdosa meninggalkan rumah tanpa izin suami,tapi apakan daya..dirasakan tembok kesabarannya telah lama runtuh setelah mengetahui Azhari kahwin lain.Walaupun dia mengizinkan tapi hakikatnya dia rela dalam terpaksa.Dia sangka hatinya akan tabah menerima tetapi hakikatnya hatinya telah lama terluka.Dia rela dimadukan kerana dia cintakan Azhari.Bahagia Azhari,bahagialah dirinya.

Walaupun dia tahu Rina adalah bekas kekasih Azhari,tetapi dia dan Azhari akhirnya bersatu dalam perkahwinan.Sehinggalah pada suatu hari,Rina kembali dan Azhari meminta izinnya untuk menikahi Rina.Semoga Azhari berbahagia.Dia tidak mahu menjadi batu penghalang di antara Azhari dan Rina.Selama 5 bulan usia perkahwinan Azhari dengan Rina,beberapa hari sahaja Azhari tidur di rumahnya.Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu berkeputusan untuk berlalu dari hidup Azhari.Kebetulan dia memang sebatang kara.Ibu bapanya telah lama meninggal dunia akibat nahas kapal terbang sewaktu balik dari mengambil abangnya di London.Jika dia membawa diri pun tiada siapa pedulikannya.Mujur juga dia terfikir untuk melanjutkan pelajaran bagi mengelakkan dirinya daripada berfikir yang bukan-bukan tentang kecurangan Azhari terhadapnya.Nasibnya agak baik,permohonan untuk melanjutkan pelajaran selepas Azhari memadukannya berjaya.Lalu jadilah dia penghuni kampus di negeri Sabah ini.

Perlahan-lahan bahunya diraih dari belakang.Akma segera memeluk Shafikah.Air mata Shafikah segera di sapu.Shafikah pun tidak sedar sewaktu Akma masuk ke bilik tadi.Astagfirullah..jauhnya aku mengelamun,Shafikah segera meraup mukanya.

"Nilah yang aku tak suka kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang.Mesti mengenangkan jantan tuh.Dahlah Ika,buang masa kau jer mengenangkan lelaki tu.Takde punya dia menderita ingatkan kau.Dia kat sana sedap peluk bini baru.Yang kau pulak tertonggeng-tonggeng,kurus kering macam ikan kering rindukan dia;ujar Akma sambil mencebik..

"Dah dia yang aku cinta.Mestilah aku menderita bila jadi macam ni.Anyway terima kasih Akma.Aku rasa kalau tanpa dorongan dan semangat yang kau berikan pada aku,mesti aku tiada lagi di dunia ini,"kata Shafikah dengan suara serak.

Memang benar,kalau dia tak berjumpa dengan Akma,pastinya dia tidak lagi berada di kampus ini,menimba ilmu demi melupakan keperitan hidupnya.Dia pernah terfikir untuk mati lantaran hidupnya memang yatim piatu."Hm.Sudahle tu,kau nampak tak comel kalau nangis macam ni,"pujuk Akma lagi.

"Dah aku memang tak comel,aku cantik jer;"gurau Shafikah mahu mengenakan Akma.Akma terus mencubit paha Shafikah.Air mata yang mengalir di pipi halus Shafikah disekanya sekali lagi.

"Perasan.Cantik lagi aku.Hi hi,"kata Akma.

"Aku sayangkan kau ,Akma.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Budi baik kau rasanya tak termampu aku nak membalasnya,"kata Shafikah seraya memeluk Akma.

"Kau janganlah cakap macam tu.Itulah fungsi kawan.Tolong menolong.Takde susahnya tolong kau ni.Tak usahlah kau nak berkira dengan aku."Akma merungkaikan pelukan Shafikah tanda tidak senang hati dengan kata-kata Shafikah tadi.

"Hm.Aku minta maaf kalau buat kau terasa.Walau macam mana pun aku nak ingatkan kau yang aku memang tak mampu nak balas budi baik kau..Dahlah Akma,janganlah perkarra ni..kau bermasam muka dengan aku..Kau kan tahu aku sayangkan kau,"kata Shafikah memujuk.

"Ok!Ok!Aku mengalah tapi kau kena janji dengan aku jangan ungkit lagi hal ini ok..Sebagai balasan pasal aku tak merajuk lagi kau kena belanja aku,"tegas Akma dengan muka serius.

"Hm,yelah-yelah.Takut aku tengok muka kau yang serius tuh.Macam manalah si Aidil tu boleh terpikat kat kau..Kalau tengah serius,dari jauh sebatu pun boleh nampak muka masam kau tuh..Macam ni ,lawa lagi aku.Shafikah terus mengusik Akma.

"Apa plak kena mengena ngan Aidil plak..Dia tak terlibat dengan muka serius aku tuh yek.Banyak cekadak kau,konon-konon tuh supaya aku tak ingat ler janji kau kena belanja aku tuh,"kata Akma mencubit pipi Shafikah.

"Ko nih..takder tempat lain nak cubit.Habis jatuh saham aku..Lama-lama pipi aku nih jatuh ke bawah.Lantas mereka berdua terus tergelak.Rawan di hati Shafikah semakin menghilang.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azhari menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Fail di hadapannya hanya direnung kosong.Sekosong hatinya sekarang.Hatinya rindu pada Shafikah.Rindu dihatinya mahu diluah tetapi empunya diri tidak diketahui dimana.Azhari menyesal kerana melukakan hati Shafikah.Dia mengutuk dirinya kerana tidak berfikir panjang semasa membuat keputusan untuk mengahwini Rina.Memang sejak dulu hidupnya sentiasa dihantui dengan bayang-bayang Rina.Sudah acapkali dia berpisah dengan Rina.Sampai satu masa apabila dia mengenali Shafikah,dia merasakan hidup dan matinya hanyalah untuk wanita itu.Tetapi bila Rina muncul kembali dalam hidupnya,dia merasakan ada semangat baru yang tumbuh dalam dirinya.Dia jatuh cinta semula pada Rina.Lantas dia mengusulkan agar mereka berkahwin.Dia lupa pada Shafikah yang setia padanya.Dia lupa pada cinta,kasih sayang dan semua yang dimiliki oleh Shafikah.Alangkah kejamnya dia.Azhari meraup mukanya berkali-kali.

Kini dia menyesal.Menyesal kerana mengabaikan Shafikah.Rina seorang isteri yang baik tetapi perilakunya sangat kasar.Rina tidak mampu memberikan ketenangan padanya.Balik dari pejabat,Rina masih belum pulang lagi.Kadangkala,walaupun Rina ada di rumah,nak melayannya yang keletihan jauh sekali.Nak meminta segelas air pun pun boleh menyebabkan Rina tidak menegurnya berhari-hari.Sewaktu Shafikah masih ada dulu,Rina melarang dia ke rumah Shafikah.Kalau nak pergi pun kena sorok-sorok.Rina sering mengugut mahu meninggalkannya kalau dia pergi berjumpa Shafikah.Kini bukan Rina yang pergi meninggalkannya tetapi Shafikah.

Dia menangis ketika membaca surat yang ditinggalkan Shafikah di atas meja di tepi televisyen.Dia menyesal kerana terlalu mengikut kata-kata Rina.Sangkanya jika Rina meninggalkannya,hidupnya akan menderita.Tetapi kini dia mengetahui bahawa cahaya hidupnya adalah Shafikah.Kini bila Shafikah sudah tiada,dia tidak dapat lagi menatap senyuman milik wanita itu.Ika,di mana kau berada sayang?Abang rindu.Abang rindu segalanya yang menjadi milikmu.Ika,tahukah sudah puas abang mencarimu di merata tempat.

0 comments: